Kursus ini memperkenalkan kitaran hidrologi, komponen-komponen sistem hidrologi seperti kerpasan, aliran sungai, sejatan, sejatpeluhan, susupan dan air bumi; kaedah analisis hidrograf dan statistik dalam hidrologi; sumber-sumber air; kawalan banjir serta pengurusan kawasan tadahan. Kursus ini menekankan pembelajaran kolaboratif dan berkebolehan untuk menghubungkaitkan teori dengan teknik pengukuran, pengiraan dan jangkaan. Pendekatan heutagogy digunakan untuk membina kemahiran pelajar yang mampu membuat terjemahan data untuk mengenalpasti masalah alam persekitaran.
Course Category: Massive Open Online Courses
Skill Level: Beginner